Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Pages

Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Tuesday, December 28, 2010

Menuju Imtihan nihaie sem1


Pulang dari Jamiah sedikit awal, saya berjalan seorang diri menuju ke rumah tercinta, aiseh, hari itu, kelihatannya waktu kanak-kanak sekolah pulang.. mereka berlari-lari keluar dari pagar sekolah, ada yang menunggu ibu bapa menjemput, ada yang berpimpinan tangan, ada yang duduk bersahaja..budak arab kelihatannya sangat comel. Saya berjalan sambil tersenyum, tak mampu tahan lagi, luar biasa nampaknya kecomelan mereka yang mengusik hati..

"Imsyi waro' imsyi waro'!!!"..kata seorang budak arab yang kecil

Apabila kawannya cuba melintas perjalanannya, dia berkata lagi..

"Imsyi waro'!!!!!!" dengan suara yang lantang serta mengeluarkan botol air dari beg sekolah yang disandang.

Sekali lagi kawannya cuba melintasnya.. lantas dia memukul rakannya itu sambil memberi amaran "IMSYI WARO'!!!!!!"

Akhirnya yang dipukul mengalah, sambil menunjukkan muka kesakitan serta bertemankan tangisan, dia mengikut saja kehendak kawannya itu..

Imsyi waro' امشِ وراء... membawa maksud "kamu jalanlah di belakang".. harf 'illah di hazaf di situ kerana ia merupakan fi'l amr..

Hmm.. alhamdulillah diangkat padaNya kerana mata ini masih berfungsi untuk melihat, walaupun sedikit sebanyak nikmat yang asal itu sudah ditarik. Kadang-kadang terfikir, andai penglihatan ini ditarik sepenuhnya oleh Allah, bagaimana kehidupanku nanti.

Berjalan lagi, terlihat seorang ibu membetulkan tudung anaknya. MasyaAllah..

Berjalan lagi, terlihat seorang pak cik penjaga kedai duduk sambil membaca al-quran di tangannya.. Subhanallah... very nice.

Berjalan lagi, terlihat jiran sebelah melambaikan tangan sambil tersenyum.. saya melambaikan kembali.

Berjalan lagi sambil menaiki anak tangga, terlihat pohon depan rumah, dedaun luruh satu persatu.. Subhanallah.

Berjalan lagi, kini tertera di depan mata dua kalimah bahasa arab "Bayt Sakeenah".. owh, rupanya dah sampai di depan rumah.

ربنا ما خلقت هذا باطلا...

Segala kepenatan yang tertanggung di belakang seorang pelajar, merangkap manusia biasa rasanya hilang serta merta. Dengan melihat setiap scenery yang terjadi di mata zahir, hati meyakini bahawa tiada suatu pun yang terjadi itu adalah sia-sia tanpa ada hikmah.. moga lorong-lorong ketenangan terbuka.

Dengan nikmat mata yang masih mampu mengenal cahaya, kelihatannya segala permasalahan menipis dengan sendiri.. Pujian bagi Allah..

Ya Allah.. jadikanlah kesedihan itu awal kebahagiaan, jadikanlah kesempitan itu awal ketenangan, bantulah diri ini membuang cebisan bimbang yang mengganggu fikiran, bantulah diri ini mengikis rasa takut pada suatu yang tidak patut.

Reciting Quran with your own
Praying two raka'at
Blogging :) also a way for releasing
Looking at animals
Talking to someone who you loved such as mother, father, or anyone else
Sleeping
Eating
or any other ways..

MA'ANNAJAH YA HANANi.. IMTIHAN NIHA'IE AATIN QORIB..

To ummi, abi, ikhwani wa akhowati al-ahibba'.. saya pohon kemaafan atas segala keterlaluan, maaf atas segala kesilapan dalam perbuatan mahupun perkataan, segala yang merimaskan fikiran kalian. Doakan saya mampu lakukan terbaik. Walau dengan sepatah kalimah dari kalian, nilainya sangat berguna.

Sesungguhnya cinta kalian itu kekuatan. Zahirnya ia menambahkan keyakinan.

Wednesday, December 22, 2010

أبي



Tiba-tiba rindu pada ayah..kata Dr Siti Hasliza, rindu tidak akan berlaku sebelah pihak..adakah ini bermaksud ayah juga rindukan anaknya ini.hehe..perasan..

Sinaran mata kalian menyilaukan mata..
Kasih kalian terus tenggelam di jiwa..

Kini baru ku sedar,
Kenapa ayah suruh baca buku sejarah, sains, agama itu, agama ini..

Ayah..
Di tangannya tidak lekang dari buku..
Masanya terisi kemas dengan buku..
Hatta terlena jua dengan buku..

Ayah..
Malamnya terhias indah dengan tahajud..
Paginya mekar dengan kesegaran dhuha..

Ayah..
Pengajiannya tak pernah tamat..
Lepas satu, satu..
Lepas bahasa arab, bahasa cina..
Di mana erti penat buatnya..

Ayah..
jarang berbicara melainkan suatu yang penting..
diamnya sangat hebat..
ramahnya tersembunyi..
tapi apabila tetamu datang..huu..

Ayah..
Dirimu inspirasiku..
Dirimu kekuatan buat ibu..

Allah rahmatilah ayahku..

~Uhibbuka abi~

Monday, December 20, 2010

Kita & Bahasa Arab


Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah. segalanya sudah selesai untuk semester pertama. Apabila ingin membuat keputusan penukaran takhassus baru-baru ini, persoalan yang sama tidak mampu dipecahkan, apakah kecenderungan aku sebenarnya?

Adoyai..itu tidak penting, yang penting, kata al-fadhil ust Mus'ab dari kata-kata syeikhnya, "Nak tengok sejauh mana dalamnya ilmu shariah seseorang itu, lihatlah dulu sejauh mana keilmuannya dalam bahasa arab."

Suka dengan jawapan yang diberikan oleh seorang ustaz doktor di WISE apabila pelajarnya menanyakan keputusan exam mereka, beliau dengan mudah menjawab,

"لا تسألوا عن أشياء إن تبد لكم تسؤكم"...

Cerita lain pula, seorang yang mengambil master di Uni Jordan dalam bidang Fiqh wa usuluh, memperihalkan tentang bahasa arab, beliau mengatakan, "saya ingin sebut tentang pengalaman saya dalam bahasa arab, bukan untuk berbangga tetapi dalam bab "وأما بنعمة ربك فحدث"..

Suatu yang biasa bagi orang yang sentiasa mendampingi kalamullah untuk bercakap sambil menggunakan kalamullah secara spontan.. susunan dan uslub ayat mereka juga cantik, tempias dari keindahan kalamullah.

Apa yang saya perhatikan seberapa lama, mereka yang mahir dan mampu menguasai bahasa arab kebanyakannya akan mahir dan fasih dalam membaca al-quran, lidah mereka lancar dalam tartil kalamNya, serta kebanyakan mereka mampu menguasai makhraj dan sifat huruf dalam al-quran dengan betul.. Silap menyebut huruf, maka silaplah maksud, silap maksud bererti perkataan itu majhul di sisi pembaca itu..semakin banyak tersilap menyebut huruf memberi gambaran sebanyak manakah vocab bahasa arabnya..

Orang yang mampu menguasai bahasa arab secara fasihah biasanya mudah untuk mereka menguasai bahasa ammiah(bahasa pasar).. Seorang ustaz menjawab ketika ditanya tentang penggunaan ammiah, beliau berkata, "خاطب الناس على قدر عقولهم"... yer, berbicaralah dengan manusia berdasarkan sejauh mana kemampuan akal mereka.. takkan dengan pak cik mak cik di pasar pun nak kata

"يا عم, تكلم معي بالفصحة كاملة, وإلا, فلا أباليك"!

haha..kejam kan..nenek2,atuk2,dan kawan2 sekalian,tidak salah berbahasa ammiah, dengan syarat kita tahu membezakan antara fushah dan ammiah.

Semoga Allah menggolongkan kita dalam kalangan mereka yang menyintai bahasa al-quran ini.. semoga kita terus diberi pencerahan untuk menyelongkar segala rahsia bahasa yang cukup indah ini.. amiin ya robb. ~apasal tak taip kot arab~hmm..musykil.

Ni sempena bulan bahasa arab..HAYYA BIL ARABIAH anjuran PPMA.. ^^,

Wallahua'lam.

Persoalan yang sering jadi isu di Maahad dahulu khususnya dalam kalangan pelajar2 kelas tahfiz. Berpeganglah dengan yang mana pun wahai sekalian yang belajar, syaratnya apabila ditanya akan hujjah, anda mampu menjawabnya.. Tidak perlu bertegang lidah mengatakan ini atau itu lebih baik..kehkeh. jom baca.

Para fuqaha’ telah berselisih pendapat dalam masalah membaca al-quran semasa haid dan berjunub[1]( hadas besar kerana persetubuhan atau keluar mani kerana mimpi) kepada 3 pendapat:

Pertama

Tidak diharuskan membaca al-quran semasa haid dan junub(hadas besar).

Pendapat ini disokong oleh para ulamak dikalangan mazhab Imam Hanafi[2] dan Imam Syafie[3].Ini Juga merupakan pendapat Imam Malik[4] sendiri dan riwayat yang sangat masyhur pada Imam Ahmad dan beberapa ulamak dikalangan mazhab Hanbali.[5]

Hujjahnya:

Telah diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar r.anhuma dalam satu hadis Rasulullah S.A.W bersabda:
لا تقرأ الحائض ولا الجنب شيئا من القرآن

(Jaganlah membaca sesuatu pun dari al-quran semasa haid dan berjunub).[6]

Ulamak berselisih pendapat mengenai hadis di atas kerana terdapat seorang rawi iaitu Ismail bin A’yas yang ditolak riwayatnya.[7]

Syeikh Islam Ibnu Taimiyyah mengatakan hadis ini dhoif berdasarkan pendapat para ahli hadis.[8]

Kedua

Diharuskan kepada mereka untuk membaca al-quran secara mutlak.

Pendapat ini disokong oleh Az-Zhohiri di dalam kitabnya yang berpendapat membaca al-quran,sujud,menyentuh mushaf dan zikir kepada Allah Ta’ala dibolehkan dalam keadaan berwuduk,tanpa wuduk,semasa haid dan juga bagi yang berjunub.[9]

Pendapat ini berdasarkan dalil dari sunnah dan juga athar para sahabat.

Dalil dari sunnah:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَذْكُرُ اللَّهَ عَلَى كُلِّ أَحْيَانِهِ

(Adalah Nabi S.A.W berzikir kepada Allah pada setiap keadaannya)[10]

Keterangan hadis:

Ummul Mukminin Aisyah r.anha mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W sentiasa berzikir kepada Allah Ta’ala pada setiap waktu dan keadaanya termasuk juga ketika waktu junubnya.Maka bacaan al-quran juga termasuk di dalam zikir yang sentiasa dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.[11]

Kata Imam Nawawi yang dimaksudkan berzikir di dalam hadis ini bukanlah membaca al-quran seperti yang difahami.[12]

Dalil dari athar sahabah:

Telah diriwayatkan bahawa Abdullah bin Abbas telah membaca al-quran dalam keadaan masih berjunub(hadas besar).[13]

Membaca al-quran merupakan amalan ibadah yang sangat dituntut dan dianjurkan,pembacanya akan mendapat ganjaran dan sesiapa yang melarang membaca al-quran pada waktu tertentu maka hendaklah membawa dalil yang melarangnya.[14]

Ketiga

Diharuskan membaca al-quran semasa haid dan tidak diharuskan kepada yang berjunub(hadas besar).

Ini merupakan pendapat yang masyhur Imam Malik dan para pengikutnya[15].Begitu juga pendapat lama (qaul Qadim) Imam Syafie[16] dan juga merupakan pendapat Imam Ahmad dan para pengikutnya.[17]

Mereka berhujjah mengatakan haid merupakan satu perkara yang telah ditetapkan oleh Allah Ta’ala kepada kaum wanita.Ia datang tanpa suruhan dan berterusan untuk beberapa waktu yang biasa dialami oleh wanita.Jika hal ini merupakan satu larangan,nescaya kaum wanita akan lupa apa yang telah dipelajari dari isi kandungan al-quran.Berbeza dengan orang yang berjunub (hadas besar),ia datang mengikut kehendak tuannya secara kebiasaanya (persetubuhan) dan dapat diatasi dengan mandi wajib sahaja.[18]

Maka diharuskan membaca al-quran semasa haid sahaja dan bukan kepada yang berjunub kerana tiada dalil yang mencegahnya.

Kesimpulannya

Pendapat ketiga yang mengharuskan membaca al-quran semasa haid dan tidak diharuskan membacanya ketika berjunub merupakan pendapat yang paling tepat kerana tiada dalil yang menghalangnya kecuali satu hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar r.anhuma.Hadis ini dhoif dan tidak boleh dijadikan hujjah.Manakala bagi yang berjunub,terdapat pelbagai hadis yang melaranggnya walaupun padanya terdapat perselisihan ulamak hadis tetapi masih ada lagi hadis lain yang menyokong hadis tersebut sehinggalah boleh dijadikan hujjah untuk beramal dengannya.[19]

Kata Syeikh Islam Ibnu Taimiyyah:

Telah diketahui bahawa semasa zaman Rasulullah S.A.W kaum wanita telah didatangi haid tetapi mereka tidak ditegah membaca al-quran sepertimana tidak juga ditegah untuk berzikir dan berdoa kepada Allah Ta’ala,bahkan mereka juga diperintahkan untuk keluar pada hari eid (hari raya) dan sama-sama bertakbir pada hari tersebut bersama kaum muslimin yang lain.Mereka juga diperintahkan untuk melakukan semua amalan haji kecuali tawaf,mereka juga bertalbiah,begitu juga bermalam di Muzdalifah,Mina dan sebagainya.
Manakala orang yang berjunub (hadas besar) mereka pula tidak diperintahkan untuk keluar pada hari eid (hari raya),solat pada hari tersebut dan juga tidak diperintahkan untuk menyempurnakan amalan haji…..
Maka berdasarkan hal ini,dapat diketahui bahawa kaum wanita yang didatangi haid dilonggarkan kepada mereka untuk melakukan semua amalan tersebut berbeza dengan orang yang berjunub kerana keuzuran (haid) yang telah ditetapkan oleh syariat islam walaupun tempohnya panjang.Begitu juga membaca al-quran bagi mereka tidak menjadi satu halangan di dalam syariat islam.[20]


[1]Berjunub:Hadas besar kerana persetubuhan atau keluar mani kerana mimpi.
[2] Fataw Al-Hindiyah:39/1,Mukhtasor At-Thohawi:18
[3] Al-Majmuk:158/2
[4] Al-Muntaqa Syarhu Muwatta’ Imam Malik:120/1
[5] Al-Mughni:316/1
[6] Sunan Tirmizi(131),
[7] Mizanul I’tidal:242/1,Tahzib At-Tahzib:325/1
[8] Majmuk Fatawa Syeikh Islam Ibnu Taimiyyah:460/21
[9] Al-Muhalla li ibni Hazm Az-Zhohiri
[10] Sohih Bukhari:Kitab Haid 79/1
[11] Subulus Salam Syarhu Bulughul Muram min adillati al-ahkam:71/1
[12] Al-Majmuk li Nawawi:159/2
[13] Al-Muhalla li Ibn Hazm:79/1
[14] Al-Muhalla li Ibn Hazm:77,78/1
[15] Al-Muntaqa Syarhu Muwatta’ Imam Malik:120/1
[16] Al-Majmuk li Nawawi:356/2
[17] Al-Insoof:343,347/1,Majmuk Fatawa Syeikh Islam Ibnu Taimiyyah:459,460/21
[18] Majmuk Fatawa Syeikh Islam Ibnu Taimiyyah:460,461/21
[19]Prof.Dr.Abdul Aziz bin Muhammad Al-Hujailan:Al-Ahkamu Al-Fiqhiyyah Al-Khashotu bil Al-Quran Al-Karim.
[20] Majmuk Fatawa Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah: 460,461/21

from www.anasarriyadhi.blogspot.com

Friday, December 17, 2010

Sejuk.. beku kah kita?


Assalamualaikum w.b.t..

Menjenguk ke fasl akhir tahun 2010, bulan disember yang sungguh menarik, bulan yang sungguh sejuk, dan kulit yang masih bertatih ke dunia 4musim pastinya semakin hari semakin baik.. alhamdulillah dirafa'kan kepada Allah.

Berakhir sudah imtihan awal untuk semester 1, nataij juga sudah keluar, alhamdulillah..(^^,). apapun,perlu diingat setiap waktu dan ketika, patut bagi setiap insan yang miliki jiwa dan fikiran untuk bersedia hadapi apa jua khabar yang tidak sama dengan kehendak hati..

Begitulah jika ingin bersifat seperti sifat orang mukmin, baik mahupun buruk, suka mahupun duka, marah mahupun senang hati.. ahwal dan situasi jiwa mereka tidak berubah. Jika dapat suatu yang diinginkan, mereka bersyukur, jika tidak dapat, mereka bersabar.. Justeru dalam apa jua keadaan, jiwa mereka sentiasa tenang untuk menerima apa jua ketentuan Allah..

Kesibukan sehari-harian di jamiah memaksa diri untuk tinggalkan perkara yang turut sama penting, talkhis kitab al-manar al-munif karangan imam ibn qayyim al-jauziy, bahath madkhol dirosah syariah, bahath ulum quran berkisar tarikh al-quran..dan injil 'ahdu aljadid.. (new testament) sudah ada di tangan, bila nak tengok2??..(^^,)

Bila terasa letih...anda akan mula mencari-cari jalan keluar dari kebekuan fikiran.. last-last, anda tidak akann temui jalan keluar darinya melainkan dengan menghamparkan sejadah, lalu solat hajat dua rakaat yang membawa bersama hati yang berat..inshaAllah selepas itu segalanya akan menjadi ringan seringan kapas.

Salji yang turun sungguh mengharukan.. bagai tidak percaya dengan apa yang dilihat di hadapan mata.. subhanallah..damai menyusup masuk.

Sejuk sesejuk salji.. Moga kesejukan ini tidak membekukan jiwa..tidak membekukan amalan yang sedia ada..ketahuilah,kekuatan itu ada..andai temui suatu yang beku dalam dasar hati, maka carilah kekuatan untuk meleburkannya kembali.

Rindu dan terus merindui Ilahi..

Tuesday, December 7, 2010

Why?? and why?



Assalamualaikum w.b.t..

Apabila berbicara tentang suatu yang memerlukan logik akal, maka, ramai orang mengecam Islam, kononnya setiap yang terkandung yakni dari pensyariatan dalam Islam kebanyakannya dikatakan tidak logik akal.

Dalam al-quran, terkandung pelbagai kemukjizatan sama ada dari sudut ilmunya, pensyariatannya, dan pemberitaan tentang suatu yang telah berlaku mahupun belum berlaku.

Apabila kamu mahu kan "RASIONAL" mengatasi "PELAKSANAAN" dan "PERCAYA" (kalau rasional, baru mahu laksanakan), maka di situ lah kamu tidak akan temui kebenaran dalam Islam. Inilah puncanya tertubuh persatuan-persatuan yang menentang hukum-hakam dalam Islam.

Mereka asyik tanya "kenapa ini? kenapa itu?"..banyak tanya..buatnya tak nak..

RASIONAL + baru nak LAKSANA kan = ....natijahnya? sesat sendiri..

Contohnya :

Keizinan bagi lelaki berkahwin empat, namun wanita ditegah sama sekali.
Talak di tangan lelaki, namun wanita tiada kuasa talak.
Solat..kenapa perlu? tunduk bangun sujud..apa yg kita dapat?
Haram jima' isteri haid?..pelik2.
Haram makan babi? why..? sedangkan ia nampak best je..hee
Potong tangan? rejam? kejamnya...kan baik kalau bagi dia kerja je..
Haram minum arak? why? sedap la arak tu..

and so on..

TAK RASIONAL langsung pensyariatan dalam Islam!! ..segalanya menyalahi nikmat..saje wat umat terseksa..ini tak boleh, itu tak boleh:(

Kaji dulu, jangan cepat melatah dengan zahir hukum..
Kita akan temui rasionalnya pensyariatan dalam Islam apabila meletakkan "KEPERCAYAAN" dan "PELAKSANAAN" terlebih dahulu..

KEPERCAYAAN + PELAKSANAAN = RASIONAL .....wal hasil ialah kebenaran.

1) Kena percaya bahawa Allah tidak meletakkan suatu itu melainkan di sisinya punyai hikmah yang besar untuk hambaNya..

2) Bila dah percaya, kena laksanakan..laksanakan(tanfiz) dengan mengikuti segala syarat dan panduan yang digariskan dalam suatu perkara itu..

3) Bila dah percaya, tambah dengan laksanakan, maka baru lah rasional itu akan timbul..."Oo..sebab itu lah Islam suruh/tinggalkan kaza wa kaza..rupanya sebab ini.."

Jika "rasional" itu tidak juga terbit, itu bermaksud, ada kekurangan di bahagian pelaksanaan, boleh jadi, pelaksanaan itu tidak mengikut apa yang Islam gariskan.. maka, "rasional" dengan sendirinya hilang..

THEORY FOR THE TRUTH.

Ini sama juga dengan kata-kata "Kamu tidak akan mengetahui hakikat sebenar sesuatu itu hinggalah kamu sendiri yang melaluinya"..

let's try..believe..then do it/leave it if it was haram..then..you'll know why..

Wallahua'lam.

Allah Maha Berkuasa??


Assalamualaikum w.b.t..

Apabila wujud manusia yang bertanya, "Kamu kata Allah itu Maha Kuat, Maha Berkuasa.. jadi, kenapa apa saja yang berlaku di sekeliling kita, malaikat yang lakukan? Malaikat la yang mencatat kesalahan, malaikat bawa turun rezeki.. kenapa? Allah tidak sempat ke nak lakukan semuanya?"Mungkin jawapan yang sedikit baik bagi yang tidak percaya akan al-quran ialah:

Seseorang yang berkuasa besar, seperi boss atau pengurus, pengetua mahupun raja, adakah mereka hebat jika tidak ada kuli/pekerja? Bukankah kerja mereka hanyalah memberi arahan? dan adakah kita boleh memberi arahan pada mereka?

Jika kamu kata malaikat itu hebat, boleh ke sana ke mari dengan pantas, dan sebagainya.. maka, tentunya, siapa yang boleh mengarahkan malaikat untuk melakukan segala arahannya itu lebih hebat, bukan? Ini bermaksud, Allah itu Maha Kuasa, yang mana, kuasaNya mengatasi kuasa yang lain, kekuasaanNya dibuktikan dengan 'adanya' kuli-kuli dan hamba-hamba untuk melaksanakan arahannya.. itulah Allah.. DIA tidak melakukan sesuatu yang remeh, seperti mencatat amalan kita, cukup bagiNYA memberi arahan. dan DIA sangat mengasihi akan hambaNya yang menurut perintahnya, kerana itulah disediakan syurga, disediakan keredhaanNya.. ganjaran buat mereka..

Wallahua'lam..

Monday, November 29, 2010

Pertemuan (ii)


Alhamdulillah lagi masih berpeluang untuk mencoretkan sesuatu di blog ini. Yang pastinya bakal menjadi tatapanku suatu masa nanti.

Berkisar tentang pertemuan dengan penuntut di markaz lughah yang beragama kristian tersebut, jujur yang mampu saya ungkapkan, dari setiap patah kalamnya terpampang jelas bahawa dia merupakan mubaligh kristian.

Dia berkata : "Saya merasakan suatu tanggungjawab untuk menunjukkan pada manusia akan jalan yang benar, itulah dengan mempercayai bahawa Jesus(Isa a.s) adalah tuhan."

Untuk mengelakkan dia lari dari saya, saya hanya menhanggukkan kepala tanda saya faham akan kata-katanya. Jauh di sudut hati, jelas kebimbangan yang terpaksa saya sorokkan, bimbang kerana bukan sedikit pelajar korea beragama masihiah yang datang ke Jordan ini. Suatu perkara baik yang mereka tampilkan ialah keramahan. Mereka ramah dengan setiap insan yang ditemu. Itu taktik pertama mereka. Maka, saya mengambil keputusan untuk menemukan pelajar kristian tersebut dengan Doktor Amjad Qursyah yang merupakan pengkaji khusus tentang perbandingan agama, lulusan phd dari United Kingdom dan fasih bertutur bahasa inggeris.

Dia berkata : Hanan, awak nak ke syurga?

Nur : Sudah tentu, itulah tempat terakhir kami.

Dia berkata lagi : Apa perasaan awak jika saya katakan bahawa dari awal awak hidup hingga sekarang, segalanya tidak akan membawa awak ke syurga.

Nur menjawab : Kita di situasi yang sama, kan? saya juga boleh bertanya awak sedemikian rupa.

Noura : Saya doakan moga awak ditunjukkan jalan yang benar..

Nur : Saya juga, moga kita diberi kebenaran..

Hari sebelumnya, Nur telah bersedia dengan pelbagai soalan, merujuk penuh pada debate antara Ahmad deedat dan seorang kristian.

Nur : Apa itu Luke, Matthew, John yang terdapat dalam bible?

Noura : Owh, itu merupakan nama pelajar-pelajar Jesus, merekalah yang menulis tentang Jesus.

Nur : Begitu. Jadi, mereka bertemu dengan Jesus la ye..dan saya temui sesuatu dalam Luke 2:21(chapter, verse)..

Maka Noura bersemangat membuka biblenya pada halaman chapter dua verse 21..Luke itu ibarat surah..

Noura : Ok, saya temuinya.. apa kemusykilan kamu di situ?

Nur : Ia berbuyi, "When he was eight days old, he was circumcised and named Jesus by the angle when he was in his mother's womb."..circumcised(dikhatankan)? Tuhan kamu dikhatankan?

Noura : Emm..yea, Jesus yang dikhatankan..tuhan ketika itu berupa manusia. Jadi, kamu tidak perlu fikir itu, ia suatu yang miracle(ajaib)..

Nur : Bagaimana boleh tuhan kamu, almighty kan? namun bersifat dengan sifat manusia yang sangat lemah, malah ayat itu juga khabarkan Jesus berada dalam rahim maryam..

Noura : Yea, tuhan kami sangat pengasih, dia mahu merasai kehidupan manusia, bagi mengetahui keadaan mereka..dia sanggup lakukan ini.

Nur : owh..yea, adakah tuhan kamu tidak tahu apa-apa? sedangkan tuhan kami, Allah, DIA mengetahui segalanya, future or past..

Noura : Tidak, tentulah tuhan tahu segalanya, cuma dia mahu rasai sendiri.

Nur : Owh, jadi, dia tidak tahu apa rasanya ye..hingga terpaksa duduk bersama manusia yang standard yang sangat low..tuhan kami tidak begitu, DIA terlalu mulia untuk bersama manusia.

Noura : Itulah, benda pertama yang menyebabkan saya sangat cintakan kristian ialah kerana tuhan menamakan dirinya sebagai ayah. saya boleh merasai setiap inci kasih sayangnya, dan suatu hubungan yang sangat rapat.. dia juga memanggil kami sebagai anak(sons),tapi dalam islam, tidak kan, Allah memanggil kamu dengan hamba, bukan?

Tergamam dengan soalannya. Hati mula gemuruh untuk memberi jawapan yang sesuai, mungkin ini bukan jawapan yang baik.namun benar-benar ligat mencari idea.ya Allah..

Nur : Ya, sudah tentu, kami sebagai muslim, percaya yang Allah tu Maha Berkuasa. Dia tidak perlu menamakan dirinya sebagai ayah mahupun ibu untuk membuatkan kami merasai kasih sayangnya. Cukup bagi kami mampu melihat, menatap pepohon, mendengar, merasai angin syita, dan sebagainya.itu sudah cukup untuk membuktikan sejauh mana Allah sayangkan kami..dan DIA Maha Mulia, yang menciptakan, maka tiada masalah bagi kami untuk dipanggil sebagai hamba..kerana kami diciptakan.

Sebak rasanya ketika meluahkan itu..indahnya kasih sayangMu Ya Allah..angin ketika itu seolah menepuk, memberikan semangat pada diri yang lemah. Kuatlah! kerana anda Islam..!

Apa responnnya? nantikann..

Bersambung....inshaAllah..

Wednesday, November 24, 2010

Pertemuan yang membuka minda

Alhamdulillah ku rafa’kan padaNya Yang Memberiku nafas bagi meneruskan hari-hariku yang entah berapa lama lagi..

Walau ditiup angin kebimbangan.. walau dibisikkan agar jangan teruskan.. I’m still there.. to further it more.. to know about it deeper..

Ketika diri sedang mengulangkaji madah mustolah hadith seorang diri, bertemankan angin yang dingin, berbentengkan jaket PPMA, diri ini didatangi oleh seorang manusia, kelihatannya seperti chinese.. dia senyum lalu berkata, ‘’marhaban..’’.. diri ku membalas senyumnya sambil turut berkata ‘marhaban’’.. pada pandanganku, seorang muslim di sini tidak akan memulakan pertemuan melainkan dengan lafaz salam yang indah..maka kenallah ku bahawa dia ini non-muslim..

“Awak orang cina?” Tanya diriku..

“Oh tidak, saya dari korea, dan awak dari mana ye?”..
balasnya

“Saya orang Malaysia.. panggil saya hanan..pelajar syariah di sini”

“Gembira ditemukan, saya noora..dari markaz lughah, ini tahun pertama saya di sini”

“Owh, sama lah, saya pun di tahun pertama..noora? Tinggal di mana ye?..”

Berlangsunglah sesi perbualan kami tanpa sedikit pun aku menyentuh isu agama.. dan tidak ku mulakan bertanyakan agamanya kerana bimbang jika dia tidak senang denganku.. melihatkan dirinya,ku sudah mampu mengagak… serba sedikit, aku membetulkan penggunaan dhomirnya yang salah ketika berbahasa arab..

“Takpa noora, saya pun sama seperti awak ketika 3bulan lepas.. bahasa arab sangat lambat..”

Aku berhenti murojaah pelajaran,..sambil memandangnya..

“Awak muslim kan pastinya?..”

“Owh sudah tentu saya muslim..err.. dan awak?’’

“Masihiah..i mean..kristian..”

“Owh yeke..gembira bertemu..kami di Malaysia turut wujud kristian, Buddha, hindu.. walaupun majoritinya muslim, tapi kami hidup aman harmoni..”

“Yup, di korea pun wujud, tapi muslim di sana tersangatlah sikit.awak muslim semenjak baby lagi atau baru saja muslim?”

“Em, saya dari kecil lagi muslim..”

>“Awak boleh baca quran? Dalam bahasa arab kan?”

“Yer, quran dibaca dalam bahasa arab, kami diajar dari kecil lagi untuk membaca quran, dan ketika besar, kami diajar untuk memahaminya..err..dan awak, kristian katholik atau apa?”

“Emm..what is it? Katholic?”

Owh tidak apa.. ingatkan awak seperti kebanyakan penganut kristian lain, setengahnya katholic..ortodok..awak ada bible?”

“Ya, ada, sekejap saya ambilkan..”

Dia mengeluarkan sebuah kitab setebal quran, yang berwarna pink..

“Ini bible..mahu tengok?”

“Ya, boleh kan? Err.. saya dengar ada new and old.. yang ini apa ye?”

Aku lihat di dalamnya ada sesetengah ayat yang dia highlight kan..pasti dia dalam proses mempelajarinya..

“Ini merangkumi dua-dua, old and new.. dan yang kecil ini, new testament.. oh..awak tahu ye..dan awak ada quran?”

“Saya tahu tentangnya, apa perbezaanyya ye? “

Sambil mengambil al-quran di tepi, ku tatap al-quranku yang di dalamnya ada terjemahan..lalu ku beri padanya.. sambil itu ku dengar penerangannya tentang hal itu..

“Old testament menerangkan mengenai kedatangan Jesus, manakala new testament mengenai kehidupannya hingga kematiannya..”

“Owh..dia mati ye.. bukan ke dia tuhan kamu?”

“Ye, dia diarahkan oleh Allah untuk turun ke dunia melakukan pengorbanan..darahnya itu merupakan pengorbanannya, untuk melepaskan manusia lain dari dosa yang dilakukan oleh Adam..anda pernah dengar tentang Adam? Dia memulakan kehidupan kita berdosa, menyebabkan kita tidak dapat kembali ke heaven, awal dulu, dia dilarang oleh Allah dari makan buah epal di syurga, disebabkan dia makannya, maka dia diusir ke bumi. Kehidupan manusia dari dulu dalam keadaan berdosa, lalu Jesus relakan dirinya dikorbankan untuk melepaskan kita dari dosa Adam..Jesus sanggup lakukannya..”

Diriku mula gundah, bimbang jika tersilap kata..

“Err.. you mentioned ALLAH?” saya bertanya..

“Ya, kami percaya Allah itu tuhan..”

>“Ok, kita kembali pada cerita sebelumnya..dalam agama kami, Adam merupakan makhluk pertama yang Allah ciptakan, dan tempat tinggalnya di syurga, betullah Allah melarangnya dari makan sejenis buah di sana, namun ia bukanlah epal menurut kami.. lalu dia dibisikkan oleh Syaitan untuk memakannya, kononnya Allah melarangnya dari makan buah ini kerana buah ini akan mengekalkan mereka dalam syurga..(teringat cerita dari surah al-a’raf)..Adam lupa bahawa Allah pernah menyuruhnya untuk menjauhi pohon itu, dan bahawa syaitan itu musuh di awal penciptaannya lagi..Adam makan buah itu, lalu Allah said that..bukankah aku sudah beritahu kamu agar menjauhi pohon itu, serta syaitan itu musuh? ..lalu Allah menghukumnya dengan mengusir keluar dari syurga, diletak di dunia..”

>“O…seperti itu ya..”

“Boleh saya sambung?..”

“Of course..”

Namun, tidaklah kita dikatakan berdosa,, kerana Adam telah bertaubat dari dosanya, dan Allah menerima taubatnya..manakala Jesus pula hanyalah nabi yang diutuskan untuk memberi peringatan pada kaumnya”

“Bagi kami, individu lain tidak akan menanggung kesalahan orang lain..” sambung ku lagi

“mereka yang berdosa ialah yang melakukan kejahatan,berkata buruk, dan sebagainya..”
ku terangkan.

“Jadi, awak maksudkan kita tidak berdosa?”..dia bertanya..

“Pastinya setiap kita berdosa, tidak boleh lari lagi.. but kita boleh mnta keampunan selagi ada nyawa..”

“Saya dengar kamu percaya bahawa di akhirat nanti, akan ada timbangan kebaikan dan keburukan..kan?”
noora bertanya padaku..

“Yup, ia nya seperti ini..” aku menunjukkan tanganku..

“Boleh terangkan?’’

Sambil menggayakan tangan, aku menerangkan serba sedikit..

“Jika keburukan itu lebih banyak, maka, kami percaya bahawa kami akan dihantar ke neraka, disucikan dari dosa, dan akhirnya kami tetap akan ke syurga.. kerana kami percaya setiap insane yang melafazkan bahawa tiada tuhan melainkan ALLAH akan masuk syurga..tempat pertama manusia ada, tempat itulah kita akan kembali”

“Owh, begitu.. namun, berbeza pastinya, kami pula percaya bahawa semua orang yang percaya akan Jesus melakukan pengorbanan itu pasti akan masuk syurga..”

“Emm..boleh saya tahu? Hanya untuk gain knowledge.. “

“Ya, apa ye?”

“Kamu kata Jesus itu orang yang diperintah oleh Allah ke dunia melakukan pengorbanan, dalam masa yang sama, dia tuhan, dan dia juga kamu percaya sebagai anak tuhan, kan?..err… kalau tak silap, konsep trinity, bukan?”

“Owh..kamu tahu yer pasal trinity.. Ya, Jesus itu dalam tiga hal, dia adalah father, dia adalah anak tuhan, dan dia adalah the holy spirit(god).

“Bagaimana dirinya mengarahkan dirinya(berdasarkan konsep itu)..seperti saya, berkata pada diri sendiri, ‘pergilah ke maktabah’..err..saya benar-benar confius…boleh awak terangkan?”

“Ya, dia adalah orang itu, dan dia adalah tuhan yang menyuruh dirinya melakukan penngorbanan itu..emm..sangat sukar untuk saya terangkan..kamu perlu sntiasa pinta pada tuhan agar diberi keimanan tentang trinity ini..ia suatu yang dalaman..”

Intahat al-qissoh fi haza blog..

I'd cut some parts of my story.. hihi.. It was hard to be shared here.. Despite what we had discussed (in order to gain more knowledge) were simples..not too deeper..just because I felt scared to face any detractors..

Tob'an, I can said that nothing(zero) I can believe for in the concept of trinity, it was really really really out of mind..logically not.in other words,impossible..

Alhamdulillah.. thanks to Allah for giving me this golden oppurtunity.. studying at this jamiah, and facing peoples from other countries..

To be continued....when I'm faarighoh..

Allahumma tsabit qolbi ala diinik..

Wallahua’alam…

Sunday, November 7, 2010

Alhamdulillah. Hati ini merafa'kan kesyukuran padaNya dek nafas yang masih lagi dapat dirasai..

"Alangkah bertuahnya insan yang ditimpa ujian perasaan, mampu menjadikan ujian sebagai anugerah untuk melonjakkan dirinya mengenali siapa Dia Tuhan yang mampu menggegarkan segala keputusan."..min kalam Doktor Siti Hasliza yang merupakan pelajar phd Bahasa Arab University of Jordan.(bakal tamat phd nya dalam masa terdekat, semoga Allah permudahkan)

Siapapun kita, hakikatnya kita lah yang membentuk rupa pada suatu perkara. Suatu kejayaan jika kita pandai bentuknya, nescaya ia akan menjadi wasilah yang mendekatkan kita pada Allah.. Jika tidak pandai membentuknya, ia akan menjadi suatu musibah yang tidak kita sedari..hadirnya ujub, takabbur dan sebagainya.. Begitu juga dengan masalah, jika kita pandai bentuknya, ia akan terbentuk sebagai suatu toriq taqarrub padaNya. Jika sebaliknya, ia akan menjadi suatu hal yang menghancurkan kehidupan..

Itu merupakan antara yang bisa ku petik dari talk bersama seorang ukht. Manakala yang ingin dikongsi bersama, hasil dari perbincangan dalam halaqah akhowat amman baru-baru ini ialah suatu yang berkisar mengenai..

Bangun malam..
Malam merupakan waktu istirohah. Apakah perasaan anda tatkala tiba-tiba dikejutkan bangun malam? Marah? ''Nak rehat la, penat ni"..apakah ini respon kita? Mungkinla, majoriti insan tidak suka diganggu malam, apatah lagi yang penat-penat pulang dari kerja. Justeru tidak hairanlah betapa Allah mengangkat tinggi mereka yang bisa melazimkan diri mereka agar bangun malam..~sahr layal~

Jadi, ingin menjadi orang yang luar biasa, lazimkan diri dengan cara mereka, saat sekalian manusia nikmat dihanyut lena, dia bangun berwudhuk dengan sempurna, lalu qiam di atas sejadah yang dibentangkannya..alangkah indahnya..

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam dan kerjakanlah solat tahajjud sebagai solat tambahan bagimu. Semoga tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari qiamat ditempat yang terpuji.”
(Al-Isra’:79)

Sesungguhnya Rasulullah bersabda yang bererti:"Allah akan turun ke langit dunia setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: Sesiapa yang berdoa kepadaKu, maka Aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan dariKu maka Aku akan mengampuninya."(Sahih Bukhari #1077)

Wallahua'lam..

Monday, November 1, 2010

Tajuk tidak diletakkan

Alhamdulillah sudah lebih sebulan di sini..terus menghirup udara segar di sini. tanpa perlukan penghawa dingin.. dinginnya udara fasl awal syita' sudah cukup untuk menyegarkan jasad.. dinginnya ia menyebabkan fungsi peti ais berkurang.

Bak kata kawan baik, syita' ni boleh jadi satu nikmat dan boleh jadi satu musibah. Doa berterusan sangat perlu agar tidak berlaku suatu hal yang tidak diingini.

Bak kata kawan arab pula, ''ni baru lagi, fasl awal, bagi kami, ia tidak panas dan tidak terlalu sejuk..udara macam ni la yang best''~no komen~

Setiap hari isnin dan rabu, terdapat halaqah tasmi' al-quran di bawah rimbunan pokok yang cantik dan menenangkan bersama sekalian sahabat-sahabat arab, halaqah ini ditubuhkan di bawah pengawasan dukturah nama'. Mas'ulah kami, al-ukht maryam 'anan bertindak sebagai mustami'ah serta pentafsir. beliau tahun 4 kuliah shariah..

Ingin mencatat sebuah syair indah yang dibacakan oleh beliau :

الفكر لا يجد
واللسان لا يصمت
والجوارح لا تسكن
وان لم تشغلها بالعظائم
شغلتها بالصغائر
وان لم تعملها في الخير
عملت في الشر
علم نفسك التخليق
تكره الاسفاف
عرفها العز..تنفر من الذل
أذقها اللذات الروحية العظيمة
تحقر اللذات الحسية الصغيرة

Kemudilah hati, fikiran, lidah serta anggota seluruhnya dengan pengemudian yang terbaik, sibukkan ia dengan suatu perkara kebaikan agar ia tidak mendekati keburukan.

Semoga Allah menyibukkan aku..
serta mereka yang aku sayang..
Agar jauh kami dari kemungkaran..
dan semoga Allah mudahkan segala jalannya..
agar setiap perkara hadir dalam redha..
dan jauh dari murka..

Allahul musta'an. Latiff bi'ibadihi.

Wednesday, October 27, 2010

Allah

Dari: Dr Aidh Al-qarni, La Tahzan!

''Semua yang ada di langit dan di bumi selalu meminta kepadaNya. Setiap waktu Dia dalam kesibukan.''(Ar-Rahman:29)

Ketika laut bergemuruh, ombak menggunung dan angin bertiup kencang menerjang, semua penumpang kapal akan takut dan menyeru:''Ya Allah!''

Ketika seseorang tersesat di tengah gurun sahara, kenderaan menyimpang jauh dari laluannya, dan para kafilah bingung menentukan arah perjalanannya, mereka akan menyeru:''Ya Allah!''

Ketika musibah menimpa, bencana melanda, dan tragedi terjadi, mereka yang terkena akan selalu berseru:''Ya Allah!''

Ketika semua cara tak mampu menyelesaikan, setiap jalan terasa menyempit, harapan terputus, dan semua jalan pintas membuntu, mereka pun menyeru:''Ya Allah!''

Ketika bumi terasa menyempit, kerana himpitan persoalan hidup, dan jiwa rasa tertekan oleh beban berat kehidupan yang harus anda pikul, menyerulah:''Ya Allah!''

Ku ingat Engkau saat alam begitu gelap gelita, dan wajah zaman berlumuran debu hitam, Ku sebut namaMu dengan lantang di saat fajar menjelang, dan fajar pun merekah seraya menebarkan senyuman indah

Setiap ucapan baik, doa yang tulus, rintihan yang jujur, air mata yang menitis penuh keikhlasan, dan semua keluhan yang menggundah gulanakan hati adalah hanya layak ditujukan ke hadratNya.

Setiap dinihari menjelang, tadahkanlah kedua tangan. julurkan lengan penuh harapan, dan arahkan terus tatapan matamu ke arahNya untuk memohon pertolongan.

Ketika lidah bergerak, tak lain hanya untuk menyebut, mengingat dan berzikir dengan namaNya..Dengan itu, hati akan tenang, jiwa akan damai, saraf tidak lagi menegang, dan iman kembali berkobar-kobar.

Demikianlah dengan selalu menyebut namaNya, keyakinan akan semakin kukuh kerana,

''Allah Maha Lembut terhadap hamba-hambaNya''(As-Syu'ara:19)

Betapa pun ku lukiskan keagunganMu dengan deretan huruf, KekudusanMu tetap meliputi semua arwah, Engkau tetap Yang Maha Sgung, sedang semua makna, akan lebur, mencair, di tengah keagunganMu wahai Rabku..

Ya Allah, gantikanlah kepedihan ini dengan kesenangan, jadikan kesedihan itu awal kebahagiaan, dan sirnakan rasa takut ini menjadi rasa tenteram.

Ya Allah, dinginkan panasnya qalbu, dengan salju keyakinan, dan padamkan bara jiwa dengan air keimanan.

Wahai Rabku, anugerahkan pada mata yang tidak dapat terpejam ini rasa mengantuk dariMu yang menenteramkan. Tuangkan dalam jiwa yang bergolak ini kedamaian. Dan ganjarilah dengan kemenangan yang nyata.

Wahai Rabku, tunjukkanlah pandangan yang kebingungan ini kepada cahayaMu, bimbinglah sesatnya perjalanan ini ke arah jalanMu yang lurus. Dan tuntunlah orang-orang yang menyimpang dari jalanMu merapat ke hidayahMu.

Ya Allah, sirnakan keraguan terhadap fajar yang pasti datang dan memancar terang, dan hancurkan perasaan yang jahat dengan secercah sinar kebenaran. Hempaskanlah semua tipu daya syaitan dengan bantuan bala tenteraMu.

Ya Allah, sirnakan dari kami rasa sedih dan duka, dan usirlah kegundahan dari jiwa kami semua. Kami berlindung kepadaMu dari rasa takut yang mendera.

Hanya kepadaMu kami bersandar dan bertawakkal. Hanya kepadaMu kami memohon, dan hanya dari Mu lah semua pertolongan.

Cukuplah Engkau sebaga pelindung kami, kerana Engkaulah sebaik-baik pelindung dan penolong.

Allah: nama yang paling bagus, susunan huruf yang paling indah, ungkapan yang paling tulus, dan kata yang sangat berharga.

''Apakah kamu tahu ada yang sama denganNya(yang patut disembah)?''(Maryam:65)

Allah: miliknya semua kekayaan, keabadian, kekuatan, pertolongan, kemuliaan, kemampuan dan hikmah. Allah: milikNya semua kasih sayang, perhatian, pertolongan bantuan, cinta dan kebaikan.

''Dan apa saja nikmat yang ada padamu, maka dari Allah lah segalanya''(An-Nahl:53)

Allah: Pemilik segala keagungan, kemuliaan, kekuatan dan keperkasaan.

Saturday, October 16, 2010

(-.-) = (^^,)

Assalamualaikum warahmatullah.

Perkara negatif bakal mengubah mood seseorang. Kadang-kadang hidup serba tak kena. Ibarat kata pepatah, dibuang mati emak, diluah mati bapak..

Dilema wanita.

Ttkala ini, diri mula merindui sekolah lama, Maahad Muhammadi Lilbanat. Rindu akan guru-guru yang banyak memberi tarbiah, rindu pada kawan-kawan yang pelbagai ragam. Yang paling indah, suasana tanpa banin.

Ketika berborak dengan kawan-kawan sekolah lama yang ditemui dalam program anjuran Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan, kami bersama-sama mengkoreksi kembali file-file lama yang ditinggalkan dalam box memori.

Suaranya tidak lagi didengari. Namun, pesanannya sentiasa dibawa ke sana ke mari. Membuatkan diri ini membelek kembali buku sirrul asrar. Semoga guruku, al-fadhil ustaz mohamad nor hussain diberkati Allah. Mengajar seindah ilmu, ilmu yang merungkai permasalahan jiwa, membentuk kembali rintihan pada Yang Esa. Namun, itu dulu..

Kata ustaz, dia hanya melihat anak muridnya pergi, pergi, bertebaran ke seluruh dunia, Mesir, Jordan, dan kemana sahaja..Namun dia tetap di situ, masih di teratak rumah warden asrama puteri Maahad.

Dan setelah 4 tahun, apakah kami bakal menemui mu lagi?

Hargai guru..Selamat hari guru:)

Friday, October 15, 2010

Hargailah Kewujudan beliau

Terbaca artikel ni, sangat menarik dan menyamai ahwal masyarakat sekarang.. Semoga ia bisa menjadi iktibar untuk kehidupan masa akan datang buat sesiapa sahaja. Kalau tak nak baca, sudah..

“Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan.”

Teringat pesan ayah di suatu petang...
“Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati,” ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.

Silap Isteri;
Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita.

Daripada Ibnu Abbas berkata; telah bersabda Nabi alaihissolatu wassalam; "Sesungguhnya aku melihat syurga maka aku capai setangkai, dan kalaulah aku ambil ianya pasti kamu semua makan darinya maka tidak berbakilah dunia. Dan aku melihat neraka maka aku tidak pernah lihat pemandangan seperti sekarang yang menakutkan, dan aku lihat penghuninya yang paling banyak adalah wanita". Mereka bertanya; "Dengan sebab apa ya Rasulullah? Nabi menjawab; "Dengan sebab kekufuran mereka". Dikatakan; "Mereka kufur kepada Allah"? Nabi menjawab; " Mereka itu kufur dengan kerabatnya dan kufur dengan ihsan. Kalaupun kamu (suami) berbuat baik kepada salah seorang daripada mereka (isteri) sepanjang hayat, kemudian dia (isteri) melihat daripada kamu sesuatu (yang buruk), dia akan berkata;"Aku tidak lihat daripada kamu (suami) sedikit kebaikanpun".[1]

Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.

Yang Lebih, Yang Kurang;
“Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa,” luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.

“Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap,” jawab saya supaya dia buka mata.

“Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia.” pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ‘memandang tinggi’ kehadiran seorang suami.

Engkau Terbaik Untukku;

“Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi.”

Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.

Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.

Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, “Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini.”

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.
Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..

Oleh; Muhamad Yunus (Semai)

[1] Hadis riwayat Imam Bukhari (1052) & Muslim (no; 907) dalam soheh mereka. Yang dimaksudkan dengan kufur disini ialah ; engkarkan kebenaran. Yang dimaksudkan dengan kerabat @ keluarga ialah suami. Hadis asal yang digunakan oleh penulis telah saya gantikan dengan hadis ini riwayat Bukhari.

By:http://yeopmadiny.blogspot.com

Wednesday, October 6, 2010

Kehidupan baru kini bermula:)

Assalamualaikum warahmatullah..

Memandangkan saya diberitakan bahawa streamyx di rumah sudah kembali normal, maka saya suka hati ingin mencatatkan serba sedikit tentang ahwal dan biah/suasana tempat tinggal saya kini dan seterusnya..untuk melegakan hati-hati mereka yang menanti berita saya secara detail min urdun.

Alhamdulillah..

Kini tinggal di Sweileh, di sebuah rumah sewa yang cukup besar(bagi saya), yang berhampiran dengan bandar Amman, bersama Kak Jannah(26 tahun, pelajar markaz lughah), Kak Azilah(19 tahun, pelajar tahun 1 kuliah adab), Khadijah(sebaya, tahun satu kuliah adab)..dan inshaAllah tahun depan, tambah lagi dua orang ahli lama, yakni Kak Nazirah(20 tahun, pelajat tahun 3, fiqh wa usuluh), serta Kak Umme(19 tahun, tahun 2 fiqh wa usul).. Kami lah anak dara Malaysia, di Amman..

Di sekitar ini, terdapat banyak kedai runcit serta pasar-pasar, justeru, tidak sukar untuk kami mendapatkan bekalan makanan..tambahan pula, di bayt kami ini terdapat seorang chef baru yang cukup pakar dalam masakan yakni kak Jannah..hadirnya mengubat rinduku pada masakan mak..syukur pada Allah yang menghadirkan dirinya..

Coaster merupakan pengangkutan yang sering digunakan oleh pelajar Malaysia untuk ke Universiti(Uni of Jordan), dengan tambang sebanyak 0.300 krush..Alhamdulillah biah Sweileh@Amman(pada pandangan saya serta senior) kelihatannya selamat, jadi, tiada masalah untuk ke jamiah seorang diri. Tapi untuk menaiki teksi seorang diri tu...kena fikir banyak kali lah. Risiko..Walaubagaimanapun, risiko itu pernah saya ambil, apabila pulang seorang diri dari hospital sampai depan rumah, dapat tambang free plak tu, abang arab tu memang baik..(jangan cair) huhu, saya promise, tidak akan repeat nya kecuali terdesak sangat2. Aasif ya ummi wa abi. Itu kali pertama, dan terakhir-inshaAllah.

Coaster ibarat bas city liner di kelantan. Yang istimewanya coaster ni, kita tidak akan dapat lihat perempuan berdiri, apatah lagi meniarap. Membiarkan perempuan berdiri merupakan suatu keaiban bagi orang arab di sini(tempat lain sama kot)..

Bacaan al-quran juga sering kedengaran di kedai-kedai runcit, dalam teksi..suatu perkara yang biasa bagi mereka.

Berkenaan kuliah pula, alhamdulillah, saya dimasukkan ke kuliah shariah(atas pilihan sendiri), walaupun asalnya ramai menyangka akan ke kuliah lughah(maaf guru-guruku), lughoh di Jordan kelihatannya berbeza sedikit, ada madah geografi dan lain-lain yang pastinya saya sukar untuk tanamkan minat. Syukur pada Allah, hari pertama kuliah, saya bisa tangkap fushah+ammi(sedikit) yang digunakan oleh adduktur.

Nampak gayanya, penulisan perlu ditamatkan terlebih dahulu bagi memberi ruang pada Kak Umme Ayman yang kelihatannya bersemangat untuk menerangkan tentang cara penulisan assignment first saya..hehe..terharu:(

Wallahua'lam

Catatan pertama, puitis min ardhi syam

Assalamualaikum warahmatullah..

Syukur padaNya yang meletakkan jasad dan roh ini di bumi Syam yang penuh berkat. Hari raya ke dua menjadi tarikh perpisahan seorang anak gadis dari tali jagaan ibu dan ayah. Usai bersalaman, tembok yang menyekat air mata akhirnya runtuh jua melihat ada antara ahli keluarga yang mengalirkan air mata. Namun, senyuman tetap diukir dengan sepenuh kekuatan sebagai menggambarkan diri ini bersedia menghadapi segala mehnah tanpa ibu ayah di sisi, mengisi dada dengan ilmu dan keberkatannya, bukan kerana nama, bukan kerana gahnya gelaran oversea, tapi kerana lubuknya di sana..bahasa asalnya juga di sana.

Apa gunanya belajar di sini jika tidak mampu memahami apa yang disyarahkan oleh para muhadhir/pensyarah. Maha Suci Allah, Dia lah tempat kembali segala kesukaran. Diri ini menasihatkan pada dirinya, mohonlah kepada Allah akan kefahaman yang benar, serta mohonlah kepada Allah moga-moga nur para duktur di sini sampai juga ke hati diri ini/kita. Tiada yang mustahil bagi Allah, apabila Dia berkehendakkan keajaiban itu terjadi, maka pasti akan terjadi. Moga Allah mudahkan segalanya bagi diri ini dan sahabat-sahabat yang lain.

Tatkala diberitakan tentang cara penilaian pointer bagi imtihan semester, diri ini tidak nafikan betapa bimbangnya hati, bergegar jiwa raga, memikirkan persaingan yang perlu dilakukan dengan pelajar-pelajar arab yang lain. Apakah ingin memberitakan berita yang tidak senang pada ibu dan ayah? tidak..justeru, pada sekalian pembaca yang singgah di laman ini, doakan diri ini moga-moga Allah mudahkan segala yang susah buat diri ini serta rakan seangkatan. Mereka juga dikelilingi harapan yang menyala-menyala..Moga ia tidak padam dengan begitu sahaja..

Selesai saja catatan pertama dari insan yang kini jauh dari ibu dan ayah.

Wallahua'lam

Saturday, July 24, 2010

Hidup lagi rupanya diri ini

Alhamdulillah, kita masih diberi peluang ke beribu kali untuk hidup di muka bumi pinjaman sementara dari Allah, jika bukan kerana kasih sayangNya, kita sudah lama dihalau keluar dari bumiNya ini dek kesalahan yang banyak sekali kita lakukan.

Semalam,24 Julai 2010, kami ke Yayasan Islam Kelantan untuk mendengar sedikit taklimat berkisar tentang perkara yang masih belum selesai. Dewan sedikit panas, panas kerana tiada penghawa dingin serta panas kerana berlaku sedikit pertanyaan yang bercampur aduk dengan suara kemarahan. ~I don't like to share about it~ Pulang dari YIK, kereta yang dipandu ayah terus meluncur sederhana laju ke Kok Lanas, beliau terpaksa menyambut tetamu istimewa untuk program bersama orang asli.

Tiba di rumah, saya ambil peluang untuk urus pasal 'urusan' ini melalui internet~Dont like to share it~Sedar-sedar, jam sudah hampir pukul 4, apa lagi, dengan rasa cemasnya saya mengatur jasad ke stesen bas. Alhamdulillah, sempat juga. Bertahun-tahun naik bas, memang jadual bas sudah lengkap dikolumkan dalam kepala, save dan selamat dari virus.

Terus mara ke Maahad Muhammadi(p), malam tersebut bakal diadakan jamuan serba wangi dengan haruman yang sedikit memeningkan kepala yakni haruman buah durian. Sebagai tetamu tidak khas, saya, fathiah dan Muslihah bertandang di kelas tahfiz tercinta sedikit lewat bagi memberi ruang buat adik-adik junior menyiapkan tempat makan. Memang dahsyat.

Hari ini (25/07/2010).. saya dan sahabat2 lain dikejutkan dengan berita pemergian cucu kepada Allahyarham Al-Fadhil al-Allamah tuan guru haji Abdullah Lubuk Tapah, Sumayyah Hilaluddin yang sudah kami sedia maklum akan sakit barah yang menyerangnya. Ibunya guru fizik kami, dan beliau merupakan antara pelajar cemerlang SPM 2009. Perit rasanya mendengar berita ini, namun perit jiwa seorang ibu yang membesarkannya hatta usianya mencecah 17tahun lebih dahsyat lagi. Moga Allah cucuri rahmatNya ke atas beliau. Innalillahi wa inna ilaihi roji'un..

Hilang kata-kata..

Friday, July 23, 2010

Kita vs kanak-kanak

’’Adik!!! Jangan!! Tu kotor(najis ayam)!!”
Namun, tanpa menghiraukan laungan si kakak, budak kecil yang dipanggil adik tersebut masih tetap menyentuhnya, ye lah, kanak-kanak berumur 3 tahun, apalah yang dia tahu.
-------------------------------------------------------------------------------------
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud : ’’Dan Allah telah mengeluarkan kamu dari perut ibu-ibu mu (dalam keadaan) kamu tidak mengetahui sesuatu pun..’’(surah annahl:78)

Jangan panjangkan kalam, tp pendekkan nya agar setiap orang penjangkan fikiran. Suatu perumpamaan yg jelas, benarlah, setiap ssesuatu di sekeliling kita punyai banyak hikmah..

Kanak-kanak kecil yang tidak kenal jijiknya najis ayam, akan terkam je najis tersebut . Sedangkan kita yang kenal akan betapa jijiknya ia, sama sekali akan menjauhinya.

Jadi..

Kita tak ubah seperti kanak-kanak kecil, kerana sering mendahulukan suatu yang tidak pasti, bila dikata judi haram, kita tetap sokong, bila dikata hudud itu ketetapan Allah, kita kata ia menyusahkan manusia. Phd, ijazah dn sebarang kelulusan tertinggi hanyalah ibarat gown cantik yang dipakaikan pada kanak2, indah..tp..Hm..Kita berat untuk melakukan seuatu perkara melainkan dijanjikan dengan upah, hal ini tak ubah seperti kanak-kanak yang tidak akan ke kedai untuk beli barang melainkan ibu berjanji akan beri upah beberapa sen. Itulah hakikat kita,kita kanak-kanak di sisi para ulamak. Moga taraf kanak-kanak ini akan kita tinggalkan dan beralih ke taraf yang lebih matang. Ameen

Wallahua'lam

Wednesday, July 14, 2010

Ibu3x..ayah,.

Semalam ibu banyak bercerita tentang ahwal kami(adik-beradik) ketika masih dalam kandungan ibu, hatta af'al kami ketika lahir dan melihat dunia.

''Hui..bulan puasa ma? mesti banyak kena ganti, kesian ma..'', saya ajukan rasa hati terus kepada bonda tercinta. Ibu berkata, ''Tak, tak banyak..ma tetap puasa sampai dekat sangat dengan tarikh nani dilahirkan.''.. Fuh, terkesima sebentar, dahlah yang dikandung ni bukannya ringan, 3.45kg tuu, kagum sebentar dengan ibu. MashaAllah..

Saya lahir dalam bulan Ramadhan, seingat ibu, hampir seminggu sebelum umat islam bakal menyambut aidilfitri. Dalam perkiraan falak, mungkin 23@24 Ramadhan 1412H. Justeru, majlis aidilfitri tahun tersebut turut disertakan dengan majlis selawat.(erm..nama formalnya majlis ini saya kurang pasti)..seorang permata baru dalam keluarga ibu dan ayah, entah permata entah pasir yang diri ini bawa dalam hidup mereka..

Kata ibu, selepas tangisan pertama kami kedengaran, ketika itu, terasa seolah semua hutang di dunia ini terlangsai, sakit terasa hilang serta merta walaupun langsung tak dibius, lantas, dalam susah, senyuman tetap terukir, dek gembiranya menyambut kami. Saya tersenyum mendengarnya, ibu memperihalkan ahwal bunga hatinya dengan penuh perasaan, sukanya tatkala melihat ibu gembira.

Dan..hati ayah pastinya berbunga juga, tatkala mampu mengiqomahkan permata-permata beliau, dalam sakit ibu, ayah banyak menolong, menolong memberi semangat dan doa, serta menolong dalam urusan kerja rumah seharian, seingat saya, ayah sangat tegas, ketika kecil, saya pernah bergaduh dengan kakak, kepala saya di ditolak lalu terkena dinding bilik mandi, walaupun tanpa rasa sakit, saya menangis sekuat hati, lalu didengari oleh ibu dan ayah, lantas, saya dan kakak dibawa ke ruang tamu, saya mengadu bahawa kakak memukul saya, manakala kakak pula cuba bela dirinya..hehe..entah siapa yang benar. Ayah ketika itu, sedang memegang penyangkut baju, pada fikiran saya, kakaklah yang akan kena rotan kerana membuat saya menangis seolah kecederaan yang saya alami itu parah, tapi tanggapan itu salah, kedua-dua kami dirotan. ''Bo baloh!!''-kata ayah. MashaAllah, inilah satu peristiwa yang masih segar di ingatan.

Setiap pengalaman lepas, membuatkan kita lebih menghargai.. Hargai ibu, hargai ayah.
Moga2 penulisan ini bakal menjadi ingatan buatku tika mana perginya mereka berdua dari sisi ku.

Saturday, July 10, 2010

Beruntunglah kita andai,,,


Rasulullah SAW bertanya kepada para sahabatnya dalam satu majlis ilmu :

“Siapakah agak-agaknya antara makluk Allah yang paling kamu kagum iman mereka kepada Allah? Para sahabat menjawab; para malaikat. Tidak kata Rasulullah, kerana mereka adalah golongan yang sentiasa bersedia untuk melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya. Kalau begitu wahai Rasulullah, mereka itu ialah para Anbiya (nabi-nabi). Tidak juga, kerana para anbiya dianugerahkan Allah kitab-kitab atau suhuf-suhuf dan mereka juga adalah golongan yang maksum(terpelihara daripada membuat dosa). Jadi kalau begitu kamilah wahai Rasulullah. Tidak juga, kerana kamu boleh jadi orang-orang yang beriman kerana aku berada bersama dengan kamu. Yang sebenarnya kata baginda, makhluk yang aku maksudkan itu ialah mereka yang akan datang selepas kamu yang hidup tanpa melihat aku (kewafatan baginda), kerana mereka boleh berpegang dengan Al-Quran dan jadi orang-orang yang beriman walaupun aku tidak ada di sisi mereka”.

Dalam riwayat hadis yang lain: Imam Ahmad,Imam Bukhari, Ibn Hibban dan al-Hakim daripada Anas, baginda ada menegaskan bahawa ;

” beruntunglah mereka yang melihat aku dan beriman kepadaku(Nabi hanya mengungkap sekali sahaja) dan beruntunglah mereka yang tidak melihat aku dan boleh beriman kepadaku” (diungkap baginda hingga diulang sebanyak tujuh kali).

Bertuahlah jiwa kita andai tergolong dalam golongan yang dikatakan nabi s.a.w sebagai ''beruntung'', zahir pandangan kita tidak melihat nabi s.a.w, namun iman dan aqidah membawa hati kita seolah menatapnya. Sungguh indah semestinya paras rupa baginda, sebagaimana yang kita bisa koreksi dari kitab syamail, tak terkata lagi akhlak baginda s.a.w.. Justeru, tidak hairanlah para sahabat baginda r.a tidak mampu kehilangan nabi s.a.w..



Saya tahu anda merindui Rasulullah, saya juga begitu..

''Ya Allah, kumpulkanlah kami bersama Rasulullah s.a.w serta keluarga baginda dan para sahabat baginda r.a.''

Wednesday, July 7, 2010

Bawa diri dan harapan


''Ee..takutnya, dahlah duk sebelah negara Palestin!''

''Yelah, tak pasal mati kat sana. Huii..ana tak nak!''


Kadang-kadang tatkala telinga terdedah pada suara-suara sebegitu, terasa bagai nak meletup. Namun, biarkan sahaja.

Benar lah apa yang diperkatakan, apabila kita membawa diri ke negara orang, maka persiapkan hati dan perasaan untuk menerima apa jua risiko yang bakal berlaku. Tidak mustahil, baru sahaja menjejakkan kaki di bumi yang cukup jauh dari negara asal, tiba-tiba ''dik, ayah dah meninggal'', atau ''kak long, ibu masuk wad icu''..

Menangis tak berlagu lah jadinya, apatah lagi bagi yang pertama kali membawa diri jauh dari keluarga tersayang.

Sebaiknya, sebelum melakukan penghijrahan ke mana sahaja tempat di dunia ini, usahlah meletak gambaran-gambaran yang terlalu indah, serta usahlah berharap untuk bersifat seperti sifat asal kita di rumah sendiri. Sebaliknya perlulah melatih diri berkongsi hidup dengan rakan-rakan@senior, mereka lah ibu bapa, dan mereka jualah adik-beradik.

Salah satu perkara yang amat penting ialah, tidak banyak mengkritik akan ahwal baru tersebut, tapi banyakkan membiasakan diri dengannya. Perlu diingat bahawa pemergian itu bukanlah untuk mencari kesenangan dan keriangan, melainkan itu hanyalah sampingan semata. Tujuan utama itulah yang perlu didahulukan, yakni ''gali ilmu dan bahasa arab''...

P/S : Peringatan dan motivasi diri sendiri dan sahabat sedauroh

Thursday, July 1, 2010

Di anjung bilik D asrama 3


Benarlah orang kata bahawa manusia seringkali tidak menghargai apa yang ada di depan mata, dan benarlah bahawa kita tidak tahu sejauh mana kekuatan kita melainkan setelah kita diuji.

Anies, hanani, atiqah, hurun, asyikin, liza, sakinah, amirah, tiah, syahira, muslihah..

Pertemuan dengan kalian bukanlah suatu yang dirancang, malah, diri ini tidak pernah terfikir bakal bersama kalian di sebuah rumah kecil yang menyimpan seribu satu kenangan, yang telah aku tinggalkan sisanya buat kalian. Diri ini tidak mungkin serba salah untuk menobatkan kalian sebagai muallim yang serba sedikit telah mematangkan diri ini. Lantai bilik menjadi saksi akan kesudian kalian bersusah payah sesama kita, dengan berlapikkan tilam yang nipis di bilik yang sempit, kalian dan aku tetap tegar dengan berterusan menikmati buah keimanan yakni 'sabar'..

Namun takdir Allah telah menetapkan bahawa kalian itu lebih tabah dariku, teruskan misi kalian di arena STAM, dan aku ditemani Tiah dan Muslihah akan teruskan misi pengajian di sebuah tempat yang jauh dari kalian.

Firman Allah yang bermaksud: "... Jika engkau membelanjakan seluruh kekayaan yang ada di langit dan bumi, agar mereka akan berbaik-baik dan berkasih sayang sesama mereka, pasti kamu tidak akan berjaya menjinakkan antara hati mereka. Akan tetapi Allahlah yang telah mencampakan perasaan kasih dan sayang itu ke dalam hati orang-orang yang dikehendakiNya....,"(surah al-anfal:63)

Aku doakan kesejahteraan berpanjangan buat kalian yang sangat ku rindui. Hati aku sebak tatkala menerima mesej dari Hurun In yang berbunyi : ''Slm shbtku, aku sgt mrinduimu..''..sebenarnya aku lagi merinduimu my friend. Kemanisan ukhuwwah bersama kalian ini lahir dari pohon akidah yang kalian dan aku tanam bersama bermula pertama kali mengenali kalian hingga kini. Moga ianya terus subur dan mekar biarpun tidak terzahir pada pandangan, namun pastikan hati kita merasai kemekarannya.

Aku mengimpikan kelazatan ukhuwwah yang bakal memberi cahaya buat aku dan kalian di mahsyar. Yang bakal menaungkan aku dan kalian di bawah naunganNya yang sangat mengasihi hambaNya.. Jarak jauh bukanlah pemisah antara hati yang telah ditaut kerana Allah.

Ku rindukan kalam Atiqah bt Halim yang seringkali membuatku sebak sendiri, jernihnya hatimu sejernih mutiara yang keluar dari lisanmu. Life must go on..

Semoga Allah merahmati kalian.

Wednesday, June 30, 2010

Az-Ziaroh Mahabbah wa Ilmiah ke teratak Ustaz Mohamad bin Mohamad Nor



Rindukan celoteh Ustaz Mad sewaktu di Kelas Nahu?
Rindukan Sahabat-sahabat ketika di Daurah?
dan masih pening lagi untuk membuat persiapan ke timur tengah?

Apa barang yang perlu dan tidak perlu di bawa ke mesir/jordan?
Kitab apa yang patut anda beli di malaysia lagi?
Berapa anggaran sara hidup di sana? Dan bagaimana ingin berjimat?
Persatuan apa yg harus anda sertai di sana? PMRAM? ISMA?#?
Bagaimana untuk pastikan diri anda tidak hanyut dalam lembah sekularisme?

Ayuh bersama kita melepaskan kerinduan ini serta merungkai seribu satu persoalan yang bermain di benak fikiran dengan menyertai az-Ziaroh mahabbah wa ilmiah bersama beberapa orang pelajar dari Mesir dan Jordan yang dijemput khas.

Tarikh: 24 Julai 2010
Hari: Sabtu
Bayaran: RM 5

Sebarang permasalahan boleh hubungi:
bahagian muslimin (hisyam ahmad- 0133084196)
bahagian muslimat (syarifah fathiah)

Bersama ini, ana sertakan tentatif ringkas untuk perjalanan program itu.

10.00 a.m -Berkumpul di rumah ust Mohamad
10.10 a.m -Majlis bermula
~Ucapan aluan dari wakil pelajar
10.30 a.m -Slot bersama anak-anak ustaz khas dari mesir dan jordan
12.00 a.m -Taujihat dari Ustaz Mohamad
01.00 p.m -Halwa telinga Qasidah
01.30 p.m -Solat Zohor berjemaah
02.00 p.m -Jamuan special masakan ust Mohamad
03.30 p.m -Pulang

Disediakan oleh : Ustaz Hisyam ahmad dari facebook daurah.

Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W

Assalamualaikum warahmatuLLah.

Allah Ta’ala berfirman: “Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat kepada nabi,(yakni Nabi Muhammad s.a.w.). Wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam dengan sebenar-benarnya salam kepada Nabi itu”. (Al-Ahzab:56)

Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Seutama-utama manusia bagiku pada hari kiamat ialah orang yang terbanyak bacaan selawat padaku, yakni lebih diutamakan oleh beliau s.a.w untuk dapat memperoleh syafaatnya dan dapat kedudukan yang terdekat dengannya”. (Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah hadis hasan.)

Maka, apa tunggu lagi wahai diriku serta pembaca blogku sekalian. Ayuh kita konsisten mengamalkannya. Moga apa yang ku taip ini bakal menjadi peringatan buatku bahawasanya aku pernah mengajak orang berselawat ke atas nabi.

Wallahua'lam

Wassalamualaikum warahmatullah

Sunday, June 27, 2010

Osteoma/osteoblastoma

Assalamualaikum warahmatuLLah.

Syukur pada Allah. Hari ini adik bongsu selesai menjalani pembedahan membuang tumor di tulang betisnya. Memasuki dewan bedah jam 10.00 a.m, pembedahan ini yang diketuai doktor Anuar serta doktor Aaron selamat selesai jam 1.00 p.m.

Berdasarkan penerangan yang diberikan oleh kedua-dua pakar tulang tersebut, penyakit adik ini namanya 'Osteoma' atau jika lebih melarat, namanya 'osteoblastoma', yakni terdapat sejenis tumor yang tidak merbahaya terbentuk di dalam tulang. Jika tidak dibuang, tidak apa, tetapi bakal menyebabkan kesakitan serta tulang akan membesar secara abnormal. Itulah yang dapat saya lihat dan perhatikan, setiap malam merupakan detik yang menyeksakan bagi adik dek kesakitan yang hanya beliau rasai hatta mengganggu waktu tidurnya sejak beberapa bulan lepas. Manakala, berdasarkan hasil x-ray, tulang betisnya telah membengkak. Merujuk pada CT scan pula, tumor tersebut juga kelihatan semakin membesar.

Disebabkan tumor tersebut bukanlah aggresif, maka ia tidak akan menjadi seperti kanser yang mudah sekali merebak ke mana-mana parts of our body.

Dalam kebanyakan kes-kes osteoma, pakar dari unit ortopedik biasanya akan menjalankan pembedahan terhadap pesakit. Pakar akan membuang bahagian tulang yang mengandungi tumor. Bak kata Dr Aaron ''buang ibunya/puncanya''..

Pesakit yang menghidap osteoma perlu sentiasa di susuli dengan rawatan susulan selama lebih kurang setahun dengan pakar ortopedik bagi memastikan ia benar-benar sudah lenyap, kerana jika pembedahan sebelum ini tidak membuang 'puncanya' secara complete, maka ia boleh kembali wujud(tak mustahiil) di bahagian tulang tersebut. Namun, selepas itu, pesakit boleh terus menjalani hidup secara normal.

Wallahua'lam. Ini hanya informasi yang sedikit, segala kekurangan dan kesilapan merupakan kelemahan diri saya sendiri.
Nak lebih lagi, layarilah wikepedia atau web ini.

Wassalamualaikum warahmatullah.

Thursday, June 24, 2010

Demam piala dunia..


Assalamualaikum warahmatullah,

Kali ini entry tentang world cup,
Setiap malam ada saja bunyi sorakan dari kedai kopi berhampiran. Ternyata masyarakat di Machang ini boleh bersatu disebabkan satu benda yang bulat, bergolek apabila ditendang, yakni 'bola'. Malah, bukan penduduk Machang sahaja, seluruh dunia juga bersatu untuk 'bola'.. Memang aura bola ni terlalu kuat.

Sekali lagi aura bola dapat dilihat apabila hampir pukul 2.30 pagi setiap malam, enjin motor akan dihidupkan oleh si peminat untuk bersama rakan sekepala menonton perlawanan live..hebat situasi ini.

Nak tak nak, sukan bola ni tidak boleh lagi dikritik atau dinafikan kehebatannya memandangkan ia sudah sedarah sedaging dalam jiwa setiap orang. Hatta tok lebai sekalipun, tiba masa menonton perlawanan world cup, kopiah jatuh pun tak disedari.hehe.

Kagum sekali dengan situasi sekarang.
Yang mengundang kepada lesunya solat subuh berjemaah.. Tapi hal ini salahnya bukan pada bola, tapi peminatnya..

Wallahua'lam
Wassalamualaikum warahmatuLLah.

Jika dibuka peluang untuk mengembara jauh, jangan lepaskan!!

Assalamualaikum warahmatuLLah.

Alhamdulillah dapat menukar template. Kecenderungan terhadap berlatar belakangkan alam semulajadi teramat tinggi, justeru, saya sekali lagi mengubah template. Em.. Kadang-kadang mata kita ingin melihat suatu kelainan, maka tidak salah sekali sekala menghias rumah.

Pening untuk menaip entry kali ini. Lagi pening memikirkan tajuk. Bab tajuk lah yang paling sukar bagi saya setiap kali ingin letak entry baru..

Dari sinilah kita bermula,
bermula dengan tidak tahu apa-apa..

Semuanya kelihatan sudah berubah,
Dari diri ini bayi yang hanya tahu minum susu, tidur..
Kemudian meniarap, merangkak, serta bertatih,
Kemudian dihantar ke tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah,
Semuanya di bawah pengawasan ibu dan ayah,
Kini diri ini hanya menanti saat untuk melepaskan ikatan tali pergantungan dari mereka,
berbekalkan kepercayaan yang diberikan,
serta nasihat yang tak lekang,
fuuh..debaran demi debaran,
Kian terasa ia,
Inilah gambaran seorang anak perempuan yang bakal berjauhan dari insan tersayang, (ibubapa)


Teman-teman yang bakal ke Timur tengah sekalian,
Dengan hijrah itulah kita peroleh pengalaman baru, pengalaman yang bakal mematangkan jiwa serta emosi. Di situlah kita bina kekuatan. Sebagaimana hijrahnya Rasulullah s.a.w bersama para sahabat dan penduduk Mekah yang telah Islam (Muhajirin) ke Madinah, di samping mencari ketenangan dari gangguan musyrikin Mekah, mereka turut bina kekuatan mental dan fizikal untuk menghadapi hari seterusnya.

Bisyr pernah berkata : ''Wahai para qari, mengembaralah, nescaya kamu menjadi baik. Sesungguhnya keadaan air apabila mengalir akan menjadi elok, apabila lama bertakung pada suatu tempat, berubahlah ia.''

Fahamkah akan kata-kata tersebut?
Ibaratnya air longkang yang mengalir dengan baik, serta air longkang yang tersumbat (bertakung), manakah yang lebih baik?..

Sesungguhnya setiap kebaikan itu datangnya dari Allah. Di mana sahaja kita berada, pasti kebaikan itu turut serta kerana Allah itu ar-Rohim sifatnya, sangat kasih dan sayang akan orang mukmin. Yang paling penting, niat hati tersebut. Apakah yang ingin dicari?..

Wednesday, June 23, 2010

Shabra dan Shatilla



Walaupun bulan september masih jauh lagi untuk kita memperingati kembali kes ini..tapi tidaklah post saya ini menhadiahkan dosa kepada saya..Oleh itu, tak kisahlah bulan berapa pun, apabila dah terbaca, lebih baik saya segera post..

Penyembelihan Sabra dan (Shatila/Chatila) berlaku pada September 1982, di Beirut, Lubnan, dalam kawasan di bawah kawalan Israeli, oleh Nasarani Lubnan. Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyifatkannya sebagai "penghapusan kaum (genocide)" -- satu istilah yang mempunyai kesan perhakiman antarabangsa. Kebanyakan perdebatan bertumpu kepada tanggungjawab Israel.

Pada ketika itu, Lubnan berada dalam keadaan perang saudara membabitkan siri pakatan yang rumit. Antaranya adalah pakatan antara Israel dan Nasarani Lubnan, diketuai oleh parti Phalangist( Pemimpin Phalangist pada masa itu, Bachir Gemayel, amat popular di kalangan Maronites, sebenarnya terkenal kerana kejam dan telah pernah membunuh bakal saingannya. Dia dilantik sebagai Presiden Lubnan pada 23 Ogos).

Pihak Israel telah melatih, membekalkan senjata, bekalan, dan juga pakaian seragam kepada pasukan Phalangist semenjak 1976.Mereka sedang bertikaian dengan pihak Muslim, termasuk Palestin yang diwakili oleh Organisasi Pembebasan Palestine "Palestine Liberation Organization (PLO)

Pihak PLO telah menggunakan Lubnan sebagai tapak melancarkan serangan terhadap sempadan utara Israel, dan berasaskan alasan tersebut, Israel telah menceroboh selatan Lubnan..

Namun selepas itu,
Di bawah sebuah perjanjian, pihak PLO bersetuju untuk meninggalkan Lubnan dibawah pengawasan antarabangsa dan Israel bersetuju untuk tidak mara ke dalam Beirut dan menjamin keselamatan orang awam Palestin yang tinggal di khemah-khemah.

Justeru,
1 September, pengunduran pejuang PLO telah lengkap..pengunduran mereka diselia oleh tentera Amerika.

Tiba-tiba,
14 September 1982, Bachir Gemayel(Ketua Phalangist yg bersekutu dgn Israel) telah dibunuh, menyebabkan pasukan Phalangist bersumpah untuk membalas dendam. Pembunuh dipercayai agen syria.

Tetapi,
Menteri Pertahanan Israeli Ariel Sharon meletakkan tanggungjawab pembunuhan tersebut ke atas penduduk Palestin. Menyebabkan Phalangist yang sememangnya membenci penduduk Palestin menjadi semakin marah dan berdendam.

Israeli juga ingin memperkukuhkan kedudukan mereka dengan menceroboh Beirut Barat. Walhal mereka sudah berjanji untuk tidak mara ke Beirut.

Lagi-lagi,


Pihak pengintipan Israeli mendakwa bahawa khemah Sabra dan Shatila untuk pelarian Palestin di Beirut masih mempunyai sehingga 2,000 anggota PLO (yang didakwa tidak berundur, walaupun syarat perjanjian awal di mana PLO perlu meninggalkan Lubnan). Dakwaan yang tidak berasas.

Penat dah nak edit,

Faham-fahamlah pembaca sekalian, apabila orang yang tengah panas semakin di api-apikan, penghujungnya pasti menyeramkan. Phalangist dibantu puak Israel serta sekutunya menyembelih semua pelarian di kem shabra dan shatilla. Mayat mereka bergelimpangan dengan kesan dihiris dengan dahsyat. Justeru, kes ini telah dipertanggungjawabkan terhadap Israel khususnya Ariel Sharon yang merupakan Menteri Pertahanan Israel ketika itu..mereka tidak mempertahankan penduduk palestin yang di bawah pengawasan mereka...malahan, mereka hanya menyaksikan serta membantu menjayakan pesta menyembelih tersebut..

Allahu Robbi.. Sejarah ini kian pudar.
Saya juga tidak benar-benar jelas dengannya. Cuma sekadar tambah-tolak dari petikan asal di wikepedia, serta buku yang pernah dibaca ketika di Maahad dulu.. Saya mengasingkan setiap isi dengan perenggan agar mata kita tidak penat untuk membaca dan memahaminya.. Jangan lakar-lakar..

Akhir sekali..suatu masa nanti, Islam akan kembali berada di puncaknya..

''Khoibar khoibar!! Khoibar ya Yahud!! Jaishu Muhammad saufa ya'ud!!''

Hati yang pening lalat

Bila hati menangis, tiada siapa mendengarnya,
Dihijab senyuman dan tawa gembira,
Bila ia kian parah,
Gugurlah hijab tersebut,
Lalu terserlah dan terpampang pada wajah..

Hati itu dalam kemarau,
Kemarau iman dan taqwa,
Kemarau merindui Yang Esa,
Yang tidak dirasai panasnya serta sakitnya,
Melainkan bagi mereka yang dipandu hatiNya..

Bila dunia berdiri megah,
Jiwa mula tidak terarah,
Nafsu dan syaitan mengilai tak sudah,
Lalu,
Kehidupan akhirat makin lelah.

Monday, June 21, 2010

XPDC Da'ie muda

Assalamualaikum warahmatullah,

Syukur dirafa'kan kepada Allah atas kurnianya memberi kesihatan, serta kasih sayangnya menyembuhkan ibu tercinta yang baru selamat menjalani pembedahan.

Tidak ingin memanjangkan kalam, baru-baru ini, saya berkesempatan untuk mengikuti rombongan pelajar dari Maahad Syamsul Maarif Lilbanat dalam XPDC dai'e muda bertempat di Kampung Perlug, Gua Musang, Kelantan.. Kampung orang asli yang paling hujung..paling seronok dan menakutkan

Coretan ini tak lebih sekadar laporan kehidupan..

Tiba di Gua Musang, rombongan XPDC disambut oleh hujan renyai-renyai, terdetik sedikit kebimbangan di hati akan perjalanan masuk ke hutan, hujan pastinya menyebabkan tanah menjadi licin serta pelbagai kemungkinan boleh berlaku seperti tanah runtuh. Ibarat digoncang dalam botol, begitulah situasi dan keadaan para peserta di dalam kereta lasak IOA. Ada yang terhantuk, pening, sakit dan sebagainya.. Namun, sedar tak sedar, di situlah Allah melihat apakah kita ingin meneruskan misi ini atau berpatah balik. Hujan itu hanyalah ujian pertama..

Tinggi..cerun..mashaAllah..hanya Allah yang tahu betapa gementarnya hati tatkala kereta bakal melalui cerun demi cerun.. Dalam perjalanan, sebuah kereta yang berada paling hadapan hampir-hampir tergelincir ke dalam gaung.. mujurlah Allah masih lagi ingin menyelamatkan mereka..

Selepas 3 jam dalam suasana debaran yang tak terhingga, alhamdulillah, rombongan tiba di destinasi hampir pukul 7 malam, disambut oleh penduduk asli di sana, kepenatan dalam perjalanan terasa lenyap begitu sahaja. Apatah lagi apabila para amek(ibu) di sana sudah menanti anak-anak angkat mereka untuk dibawa pulang ke rumah masing-masing.

Malam itu, memandangkan saya masih belum memiliki keluarga angkat, saya mengikuti ustazah Zainab ke rumah seorang amek untuk makan malam, kami dihidangkan ubi kayu goreng serta gulai labu..dan air kopi panas.. Makanan yang sedikit pelik tapi menyelerakan.. Dengan berlampukan cahaya api sebesar ibu jari, kesejukan malam dek hujan masih lagi turun benar-benar menambahkan selera.

Keesokannya, saya serta para peserta yang tidak mengikuti misi pertama ditemukan dengan keluarga angkat, wal hasil, keluarga angkat saya merupakan keluarga angkat kepada kawan baik sendiri, Syuhadiah serta seorabg pelajar kolej YIK, aminuddin.. Alhamdulillah, mereka cukup mesra.. Apak (Yaakub bin Busu), amek (Jaridah bt Pangkin), adik (Jihan, lina, rina, rumin, busu, lia, amin dan seorang lagi yang saya kurang jelas namanya)..semuanya masih kecil..

Hari itu merupakan hari beramah mesra, sememangnya sebelum ingin memulakan dakwah, hatinya perlu diikat terlebih dahulu.. Mereka juga bersemangat mengajarkan saya bahasa orang asli memandangkan di penutup nanti, akan ada kuiz untuk para anak angkat dalam bahasa orang asli. Jam 11 lebih, saya mengikuti amek dan adik-adik naik ke kebun (syukur hujan sudah berhenti) bersama amek2 lain. Sememangnya pengalaman melalui sungai yang berarus deras serta mendaki bukit yang cerun cukup-cukup menakutkan, amek dan adik yang sudah berpengalaman sedikit-sebanyak membantu saya mengharungi semua liku tersebut. Di puncak sana, saya bersama adik berlumba mengutip 'leh ber' yakni kulat.. Kulat yang boleh dimakan.. Geli sebenarnya, namun semua itu perlu ditepis.

Dalam perjalanan pulang ke rumah amek, kami berhenti seketika di kawasan batu-batu untuk bermain air. Seronok juga jadi kanak-kanak ni, amek pula tak kisah, malah dia yang mengajak saya bermain air. Sampai di kawasan penduduk dengan baju yang basah kuyup, tapi situasi begini biasa saja kerana majoriti yang pergi kebun, akan bermain air ketika pulang. Di rumah amek, saya belajar masakan orang asli, apak pula bersungguh mahu melihat anak angkatnya ini memasak. hehe..

Petang itu, kami sekeluarga makan bersama. Dikelilingi adik-adik seramai lapan orang..fuhh..macam-macam kerenah yang dapat dilihat. ''Chen cak?''..''chen''(mahu makan?..mahu)..apabila bertanya pada adik ''cak tabe''(tambah lagi)..jawabnya ''ijek''..tanda tidak mahu. Petang itu sekali lagi amek mengajak saya ke kebun ubi kayu, sepatutnya ada pembelajaran kelas fardhu ain.. Setelah meminta pendapat ayah, ayah benarkan untuk pergi turut serta ke kebun ubi kayu agar amek tidak berkecil hati.

Pulang dari sana, seluruh kaki saya sakit, bak kata mereka,gahel(letih) serta sakit katong(sakit lutut). Pukul 6 petang, ada sukaneka untuk kanak-kanak serta para amek, saya dan amek tidak turut serta kerana seluruh badan lenguh. Hampir senja, ketika itulah saya sempat mengambil masa mengajar amek dan adik serba sedikit akan asas solat. Walaupun mereka masih belum dapat melakukan solat dengan sempurna, namun tatkala tiba solat jemaah, mereka sentiasa turut serta. Malam itu, pengajian semula wudhuk serta al-fatihah telah diulang semula untuk semua amek dan adik-adik. Malam itu juga majlis penutup diadakan secara terbuka di dewan kayu. Cukup padat sekali dewan tersebut yang tak ubah seperti pondok.

Acara kuiz dikendalikan oleh ketua eksekutif IOA, Ustaz Khalid bin Ahmad serta pengetua MSMP, Ustaz Rosli. Boleh kata majoriti amek dan apak serta anak angkat mendapat hadiah, kerana kuiz tersebut diadakan untuk mengeratkan lagi ukhuwwah antara amek, apak dan anak angkat. Tiba masa amek yang perlu menjawab soalan kuiz, anak angkat akan bantu, manakala apabila tiba masa anak angkat, amek akan bantu. Malam itu saya diberi soalan mengira abjad 1,2,3 dalam bahasa asli. hehe.. mudah je.

Hari terakhir, diadakan salam jam'ie, sempena perpisahan antara amek dan anak angkat. Yang gembiranya, apabila anak angkat menghadiahkan tudung kepada mereka, segara mereka pakai tudung tersebut sebagai tanda penghargaan. Setiap anak angkat diberi hadiah oleh amek dan apak, kebanyakannya dari hasil bumi. Alhamdulillah..

Perjalanan pulang terasa begitu cepat, memandangkan sepanjang program, hujan tidak turun, kecuali ketika perjalanan datang kemari..syukur pada Allah yang memudahkan urusan ini, lampu, generator dan semua perkakas dapat berfungsi dengan baik, kereta IOA juga tidak timbulkan masalah, cuak(anjing) juga tidak liar seperti dahulu,jalan tidak licin serta perjalanan pulang dari Perlug ke jalan besar hanya sejam. Yang mengiringi kami tatkala itu ialah perasaan sedih.. Lambaian amek, apak dan adik-adik masih terbayang di mata. Semoga Allah memberi hidayah dan mengukuhkan aqidah mereka.. Rindu serindunya..

Monday, June 14, 2010

Gambar yang ringkas (di YIK)

Alhamdulillah, terima kasih kepada saudara Muhd Bazlee(Pengarah majlis penutup Kursus) kerana mewujudkan facebook khusus untuk peserta kursus bahasa arab..

Di sini, saya muatkan beberapa gambar yang ringkas sepanjang kursus.


Air paip di asrama KIAS..best..hehe.entah kenapa menerbitkan gambar ini


Dewan Kubro YIK


Pengajian Lahjah Ammiah Misriah oleh Ust Zulkifli


Ni Kertas exam sape la pulak..saya copy je.


Ujian tasmi' al-quran


Imtihan Daurah..100 soalan yang digabung...


Persembahan Hiwar musalsal di majlis penutup..menang!


Tamat sudah kursus!

Dapat syahadah/sijil..then pulang..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...